Ahad, 28 Jun 2009

Mesyuarat Pembinaan Ibu Gelanggang Seni Silat Jawa Betawi

Alhamdulillah. Pada hari sabtu yang lalu, telah diadakan mesyuarat khas bagi membincangkan pembinaan Ibu Gelanggang Seni Silat Jawa Betawi. Mesyuarat yang dihadiri lebih kurang 30 pesilat yang terdiri daripada guru-guru dan pesilat diadakan di rumah Guru Utama Pak Ngah Ckek Mee.
Mesyuarat tersebut telah memutuskan pembinaan Ibu Gelanggang akan dilakukan dengan kadar segera. Mesyuarat juga bersetuju agar cikgu Zakaria menjadi bendahari bagi mengumpul dan menyelia peruntukan dan perbelanjaan bagi pembinaan ibu gelanggang tersebut. Mesyuarat juga memutuskan agar pembinaan Ibu Gelanggan tersebut akan dilakukan secara gotong royong oleh pesilat-pesilat Jawa Betawi

1 ulasan:

  1. Akhirnya dapat gak cari blog pasal silat kebanggaan aku nih..nak tanya kt mana ibu gelanggang ya?

    BalasPadam