Isnin, 8 Jun 2009

Mesyuarat Perguruan Seni Silat Jawa Betawi di Rumah Guru Utama

Salam Perguruan kepada semua Anak Jawa Betawi SeMalaysia.
Alhamdulillah, semalam 8 Jun 2009,telah berlangsung satu mesyuarat Perguruan Seni Silat Jawa Betawi di rumah Guru Utama, Pak Ngah Cek Mie bin Cek Pa di Kampung Baru Padang Panjang, Pendang. Mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh Pak Ngah Cek Mei sendiri sebagai Guru Utama Perguruan, Pak Tam Pie sebagai guru kanan, Cikgu Sobian, Cikgu Wan, Cikgu Ie ( Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Melayu Negeri Kedah), Cikgu Zakaria dan jurulatih-jurulatih dari Pulau Pinang dan Kedah. Dalam mesyuarat tersebut, beberapa ketetapan telah dibuat.Antaranya:
  1. Pak Ngah Cek Mei adalah Guru Utama Perguruan dan dibantu oleh gurulatih-gurulatih yang lain.
  2. Pembinaan Ibu Gelanggang Perguruan Jawa Betawi akan dibina di perkarangan rumah Guru Utama. Sehubungan dengan itu, satu tabung akan ditubuhkan bagi menerima sumbangan dari ahli-ahli Perguruan Jawa Betawi dari seluruh Malaysia bagi pembinaan Ibu Gelanggang tersebut. Sebarang sumbangan akan dimasukkan ke dalam akaun Perguruan yang akan diwujudkan kelak.
  3. Pertambahan ahli baru akan dilakukan secara sistematik.

Butiran mesyuarat akan diwawarkan melalui minit mesyuarat yang akan diedarkan kelak melalui blog ini.

Sekian, wasallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan